Followers

Thursday 5 January 2012


>> Aku ingin BERUBAH tapi aku MALU..<<

~✿..IMAN itu masih ada, tatkala hati TERKESAN dengan perbuatan DOSA yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada..PENYESALAN itu salah satu daripada peringkat taubat..buat diri yang RINDU akan kebaikan, apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, kamu mahu MELEPASKAN peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka JALAN TAUBAT buatmu, kamu memilih untuk semakin MENJAUH daripadaNya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana MALU dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu KOTOR dan TIDAK LAYAK untuk diampunkan? ✿~

>>> Wahai sahabatku, ketahuilah Dia Maha Pengampun..USAH pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia MENUNGGUMU untuk sujud kepadaNya..bersama AIR MATA taubat seorang hamba..masyaAllah..♥♥♥


~✿..Sebenarnya hati ini CINTA kepadaMu..sebenarnya diri ini RINDU padaMu, tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih TIDAK HADIR..dan aku tidak mengerti mengapa RINDU BELUM BERBUNGA, ya Allah..mungkin kerana ISINYA tidak sempurna, tiada seri..✿~

"Hai orang-orang yang BERIMAN, jadikanlah SABAR dan SOLAT sebagai PENOLONGMU, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah : 153)


p/s : jangan kita berasa malu untuk berubah ke arah kebaika, sesungguhnya ALLAH sangat suka kepada orang yang ingin berusaha terus menerus berubah ke arah yg lbih baik ,insyaALLAH ,yakin pd ALLAH <3 -___-

No comments:

Post a Comment