Followers

Monday 19 March 2012

Istimewanya wanita (^_^)

      Benda yang mahal harganya pastinya susah untuk didapatkan dan akan selalu dijaga dan dibelai serta di simpan di tempat yang terbaik . Sudah pastinya intan permata tidak akan dibiarkan berselerak kan?? begitu juga wanita .. sebab itulah wanita yang baik pastinya wanita itu dijaga baik2 bukan wanita yang yang mudah ditemukan.

Wanita wajib taat pada suaminya tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya , bukankah ibu adalah seorang wanita??

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya , manakala suami menerima pusaka perlu membelanjakan harta pusakanya untuk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid .

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini ; isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya sedangkan wanita hanya dipertanggungjawabkan keatas dirinya sendiri .

manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini : Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya, sedangkan lelaki? siapa yang mahu menanggung?

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fi sabiilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan segala tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut mendapat pahala sama seperti orang pergi berperang fi sabiilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

MASYAALLAH .. demikian SAYANGNYA ALLAH pada wanita kan??

Berbahagialah kita kaum wanita..

p/s :  Tidak perlulah kita merungut betapa sulitnya menjadi seorang wanita kerana di setiap sulitnya pasti ada ganjaran serta hikmahnya =,=
# saya bangga menjadi kaum wanita . ya ALLAH.. , jadikanlah aku wanita yg solehah serta yang taat pd ibubapa n suami ,Ameen. <3


Sunday 18 March 2012

-->> kesan tidur lewat maLam

salam . sebenarnya dh lama kita xupdate blog niy dsbbkan mlas plus bz , so blog yang agak comot ni langsung xisi , so bila da dpt cuty pnjang niy . kite agak excited na updte blog , disini kite na kongsi tentang keburukan tidur lewat mlam ,kite sndri pun agak suSah na tidur awal , walaupun da tau kesannya tersgtla buruk untuk kita smua yg sk tidur lewat malam, siyes ckp ,mmg xelok .

        harap smua yg sblum niy tdur lwt2 tuu akn brubah pelan2 utk cb tidur seawal yg mgkn , terMasuk la dr kite  sndri.. huhu ,walaupun da berkali2 ade owg nasihatkan ,tp kita tetap berdegil ,, tp BUKAN sengaja ., mmg susah na tidur lewat ,SOrry ! ok ,ni lah kesan2nya ...


TAK CUKUP TIDUR
-.   Bagi yang pelajar atau pekerja tu , malam ni kamu dah tidur lewat esok nak bangun awal pula pergi kelas dan kerja . Berapa jam je dapat tidur ? Kesan tak cukup tidur dan tidur lewat malam ni sama saja sebenarnya .

TIDAK CERGAS (Kesihatan)
- -       Tidur malam sangat penting untuk kita kekal cergas , macam mana sekalipun kita berjaga waktu malam sehingga subuh dan tidur secukupnya pada waktu pagi hingga ke tengah hari . (tidur selepas subuh kan tak elok juga) . 

BERKEMUNGKINAN AKAN MENGALAMI MASALAH TIDUR
- -       Kalau anda tak ada masalah tidur sebelum ini dan tetiba mengamalkan habit tidur lewat malam , anda berkemungkinan bakal mendapat masalah tidur seperti Insomnia atau Hypersomnia .

GANGGUAN MENTAL , EMOSI DAN FIZIKAL
-      - Tidur lewat malam boleh jadikan kita GEMUK(aku tengah malam selalu lapar) dan susah nak KURUSkan badan(reaksi dalaman badan kita) .
- -        Dari segi emosi pula , mereka akan jadi lebih pemarah , mood tak menentu (sway) dan macam – macam lagi emosi negatif (tak kan dapat positif la)
-      - Tak perlu nak siapkan kerja sampai lewat malam sebab apa yang bakal anda korbankan apabila tidur lewat malam ialah mental yang akan jadi lembab dalam erti kata lain , B.L.U.R . (PERCAYALAH !)

SENANG DAPAT PENYAKIT DAN LAMBAT SEMBUH
- -      Memang senang dapat penyakit dan susah nak sembuh selagi anda mengamalkan habit ini . Kurang tidur dan lewat tidur ini juga akan memberi kesan apabila kita sudah tua kelak (kata doktor) . Sekarang tak nampak sangat , nanti dah tua baru tahu .

--> Tidur lewat juga adalah diantara punca utama kerosakan hati

:.# So kwn2 ,, harap2 kita dpt elakkan dr tidur Terlalu lewat, sbb kemungkinan besarnya kita akan dpt penyakit sebegini  , Untuk peringatan bersama :)

Buat si "dia" insan teristimewa


p/s : aku xmampu senyum jika kau mula menyayangi orang lain , hatiku luluh, pedih ..:'(
sungguh!aq sayang kamu .PELIHARALAH hubungan kami menuju cintaMU ya rabbi . amen .