Followers

Monday 19 March 2012

Istimewanya wanita (^_^)

      Benda yang mahal harganya pastinya susah untuk didapatkan dan akan selalu dijaga dan dibelai serta di simpan di tempat yang terbaik . Sudah pastinya intan permata tidak akan dibiarkan berselerak kan?? begitu juga wanita .. sebab itulah wanita yang baik pastinya wanita itu dijaga baik2 bukan wanita yang yang mudah ditemukan.

Wanita wajib taat pada suaminya tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya , bukankah ibu adalah seorang wanita??

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya , manakala suami menerima pusaka perlu membelanjakan harta pusakanya untuk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid .

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini ; isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya sedangkan wanita hanya dipertanggungjawabkan keatas dirinya sendiri .

manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini : Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya, sedangkan lelaki? siapa yang mahu menanggung?

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fi sabiilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan segala tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut mendapat pahala sama seperti orang pergi berperang fi sabiilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

MASYAALLAH .. demikian SAYANGNYA ALLAH pada wanita kan??

Berbahagialah kita kaum wanita..

p/s :  Tidak perlulah kita merungut betapa sulitnya menjadi seorang wanita kerana di setiap sulitnya pasti ada ganjaran serta hikmahnya =,=
# saya bangga menjadi kaum wanita . ya ALLAH.. , jadikanlah aku wanita yg solehah serta yang taat pd ibubapa n suami ,Ameen. <3


No comments:

Post a Comment